Kalau anda ke Negeri Sembilan, jangan sekali-kali melepaskan peluang untuk berehat di pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Keindahan pantainya pasti meninggalkan 1001 kenangan manis.
Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang paling popular buat pelancong dan pengunjung tempatan terutamanya pada hujung minggu dan hari kelepasan am. Malah pantai sepanjang 1.8 km ini dikunjungi lebih 20 hingga 30 ribu pengunjung setiap minggu dan ianya akan meningkat kepada 50 hingga 80 ribu pengunjung semasa cuti persekolahan.
"Pemandangan di sini masih indah. Sama seperti dulu-dulu. Jika ada orang cakap pantai Teluk Kemang dah tercemar, memang tak betul. Sebabnya pasir kat sini masih bersih dan air lautnya juga cukup menenangkan," ujar salah seorang pengunjung pantai Teluk Kemang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman.
Selain keindahan pantai dan pemandangan laut, Teluk Kemang juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang pastinya memberikan keselesaan kepada pengunjung. Antaranya tempat letak kereta yang luas dan bilik mandi serta tandas awam yang bersih. Selain itu, terdapat juga banyak gerai-gerai pakaian dan cenderamata yang sesuai dibeli untuk dijadikan kenang-kenangan oleh pengunjung. Kepada mereka yang mahu menjamu selera, terdapat puluhan kedai yang boleh dijadikan pilihan. Dengan menu yang pelbagai, ia sudah pasti mampu memenuhi citarasa anda.


Buat anda yang tidak suka melalukan aktiviti sebegitu, anda boleh saja mandi-manda bersama keluarga tersayang.
1 comments:
Berapa byaran yang dikenakan??? waktu bla dy beroperasi?
Post a Comment