THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, May 28, 2008

puLau pAngKor..


Ramai yang mengenali Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan popular di negeri Perak, tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa Pangkor sebenarnya ialah gugusan 9 pulau di pinggir laut pantai barat semenanjung Malaysia yang kaya dengan batu karang dan hidupan laut yang pelbagai.

Dua buah pulau yang sering dikunjungi pelancong kerana mempunyai infrastruktur yang lebih baik ialah Pulau Pangkor dan Pangkor Laut. Kedua pulau ini walaupun jarak di antara satu sama lain tidaklah begitu jauh, target market dan persekitaran pulau ketara berbeza.






Untuk ke Pulau Pangkor, jika memandu dari Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih kurang 3 jam, ditambah lagi dalam 45 minit sehingga 1 jam untuk sampai ke pulau destinasi dengan menaiki feri dari bandar Lumut. Permandangan di sepanjang perjalanan ke Pangkor biasa sahaja jika anda orang Malaysia; bagi mereka yang tidak mabuk laut bolehlah catch up on your sleep atau membaca.

Ketika feri mendekati pulau ini dengan menaiki feri awam, akan kelihatan kampung nelayan di pesisiran pantai menyambut kehadiran pelancong. Pulau Pangkor terbahagi kepada beberapa pantai dan setiap bahagian mempunyai keindahan pantai yang berbeza, tentu sekali rate penginapan yang ditawarkan pun tidak sama.

Terdapat lima bahagian Pulau Pangkor iaitu Pasir Bogak, Teluk Nipah, Teluk Dalam, Teluk Belanga dan Teluk Baru. Nama Pasir Bogak kedengaran kelakar tetapi mungkin juga orang yang menjumpai tempat ini namanya Mat Bogak.

Untuk pengunjung yang ingin berjimat, Pasir Bogak, Teluk Nipah dan Teluk Baru banyak menyediakan guesthouses dan chalet yang berpatutan harga. Bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan layanan yang lebih baik, pilihlah untuk menginap di Teluk Dalam atau Teluk Belanga. Bukan sahaja anda akan diberi minuman sebaik sahaja menjejakkan kaki ke hotel mereka tetapi juga anda akan disambut dengan muzik, nyanyian dan tarian daripada gadis-gadis pulau yang cantik.

Pangkor Laut pula hanya mengundang mereka yang berpoket lebat. Harga bilik ribuan ringgit semalam tentu sekali menjanjikan layanan kelas pertama yang akan membuat pengunjung terasa seperti berada di sebuah Fantasy Island.






Dalam kehangatan cuaca Malaysia, berendam di dalam air laut yang biru di Pangkor memang menjadi kemestian. Bagi yang lebih adventurous, boleh juga menyewa bot dan peralatan untuk memancing atau snorkeling di pulau-pulau berhampiran. Banana boat juga antara aktiviti air yang terdapat di sini.

Sudah penat berendam, jom pusing pulau cara orang Pangkor. Bekalan motorsikal dan basikal sewa banyak terdapat dengan harga yang murah. Pengunjung dapat melihat-lihat kehidupan para nelayan di tepi laut di pantai Pulau Pangkor ini, yang cantik dan sebaliknya. Di pulau ini juga sangat popular dengan makanan laut kering seperti sotong kering, ikan bilis, satey ikan dan sebagainya untuk dijadikan ole-ole. Kalau nak mendapatkan ikan bilis berkualiti, Pangkorlah tempatnya. Boleh juga merasa makanan yang disediakan di gerai-gerai kecil yang terdapat di pulau ini jika ingin merasa masakan tempatan Pulau Pangkor.

Sewaktu GUA berkunjung ke Pangkor tidak lama dulu, kami sempat menyaksikan pertunjukan ala cabaret yang dipersembahkan oleh pekerja-pekerja hotel yang begitu berbakat. Dengan costume yang dipenuhi sequin dan lighting yang berwarna-warni, mereka menghiburkan pengunjung dengan bayaran masuk yang paling minimum. Kira bolehlah sebagai pengisi masa lapang di waktu malam.

Pulau Pangkor yang menurut ceritanya membawa maksud pulau yang indah menepati ciri-ciri sebuah pulau peranginan yang sesuai untuk seisi keluarga. Setiap kali musim cuti, Pangkor tentu sekali memanggil ramai pelancong daripada dalam negara dan juga luar untuk menikmati keindahannya.

0 comments: