THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, May 28, 2008

LangKawi..


Jika anda ke Langkawi, jangan lupa singgah ke Makam Mahsuri yang terletak di Ulu Melaka. Banyak yang boleh anda pelajari dan lihat di sini. Terletak kira-kira 12 km dari pekan Kuah, Makam Mahsuri ini sebenarnya berada di dalam Kota Mahsuri yang turut dilengkapi dengan muzium, teater tradisional, dan beberapa rumah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika zaman itu. Rumah Kedah yang didirikan di sini dikatakan merupakan bekas tapak rumah Mahsuri. Selain itu, di sini juga terdapat perigi Mahsuri.

Berada di kota ini anda bagaikan berada di sebuah perkampungan Kedah yang suatu ketika dahulu menjadi tempat Mahsuri membesar. Selain daripada dapat mengetahui tentang lagenda Mahsuri secara jelas, anda juga berpeluang mengenali beberapa peralatan tradisional yang digunakan oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Antaranya ialah lesung hindik, nyiru, gambang dan pengisar tebu.



Jika anda berkunjung ke sini selain daripada hari Rabu, anda berpeluang menyaksikan pementasan pantodra yang mengisahkan tentang lagenda Mahsuri. Pementasan ini bermula pada jam 3 petang.


Selesai menyaksikan pementasan, apa kata anda singgah sebentar di Warung Mak Andeh untuk menikmati hidangan Laksa Kedah yang cukup menyelerakan. Paling tidak, hilangkan dahaga dengan menikmati segelas minuman segar.
Makam Mahsuri merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Mengikut lagenda, Mahsuri dikuburkan di tempat dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Dia dihukum bunuh kerana difitnah oelh ibu mertuanya sendiri iaitu Wan Mahura.




Wan Mahura telah menuduh Mahsuri telah berlaku curang dengan Deramang, seorang penyair yang tinggal bersama Mahsuri dan kedua orang tuanya. Ini kerana Wan Mahura memang menyimpan dendam terhadap Mahsuri yang sering menjadi perhatian ramai kerana memiliki kecantikan yang tiada tandingannya.
Akibatnya fitnah itu tanpa usul periksa, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri iaitu Wan Yahya. Sewaktu Mahsuri dibunuh, darah putih mengalir dari badannya; menunjukkan bahawa Mahsuri tidak bersalah dan dia mati kerana fitnah. Pada saat-saat akhir kematiannya, Mahsuri dikatakan telah bersumpah yang Langkawi tidak akan tenteram dan permai, ibarat padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Seminggu selepas itu, Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan akibatnya Langkawi hancur dan hangus.
Nota perjalanan:Kota Mahsuri dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk memasuki kota ini.

1 comments:

Casa De Décor said...

I suke pergi Langkawi. Blh x kamu bagitau saye ble kamu akan mengadakan pelancongan ke Langkawi. Saya nk sgt2 pergi ke sane =)