THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, May 28, 2008

Pekan Rabu, Kedah...



Kalau pergi ke negeri Kedah, satu kerugian besar kalau tidak berkunjung ke Kompleks Pekan Rabu di Alor Star. Bukannya apa, banyak benda yang dijual di sana dan sesetengahnya sukar didapati di tempat lain.

Di buka seawal tahun 1935, pada asalnya Kompleks Pekan Rabu hanyalah sekadar pasar malam biasa yang menjual buah-buahan, peralatan harian serta pakaian. Namun pada 1965 apabila Pekan Rabu semakin berkembang, sebuah bangunan telah didirikan untuk menempatkan para peniaga.

Dengan adanya bangunan Kompleks Pekan Rabu ini, para peniaga boleh menjalankan urus niaga dengan lebih teratur, bersih dan sistematik. Pengunjung juga pastinya akan lebih selesa ketika memilih barangan yang mahu dibeli.





Di Kompleks Pekan Rabu terdapat lebih kurang 320 buah kedai yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional, beraneka ikan kering, pakaian, barangan perkahwinan, kraftangan penduduk tempatan dan banyak lagi. Kedai-kedai beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 9 malam, pada setiap hari termasuk hari cuti umum dan perayaan.




Buat penduduk negeri Kedah, Kompleks Pekan Rabu merupakan kompleks perniagaan orang Melayu dan merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ.

Kompleks Pekan Rabu pada dasarnya adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk menjalankan perniagaan di sini, peniaga perlu menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu. Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM90 – RM300 sebulan.


Menarik mengenai Pekan Rabu
* Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini. Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah, Tun tidak pernah ketinggalan melawat Pekan Rabu.
* Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu setiap kali menyambut bulan puasa. Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. * Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar. * Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.

0 comments: